SHAH ALAM: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang moderator kandungan aplikasi media sosial yang dipercayai menganiaya seekor anak monyet sehingga mati.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan ke atas lelaki berusia 37 tahun itu daripada orang awam pada 11.25 pagi 20 Januari lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati haiwan malang itu telah dianiaya dengan cara dipukul, dicacatkan dan dibakar pada bahagian kaki serta tangan.
"Hasil siasatan membawa kepada serbuan di sebuah kediaman di Setia Alam dan turut menemukan beberapa perkakas dan peralatan serta sebuah telefon bimbit mengandungi gambar haiwan tersebut.
"Suspek telah dirakam percakapan dan tiada sebarang penahanan dibuat kerana kes itu tidak lazim ditangkap," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal juga berkata empat saksi dipanggil bagi membantu siasatan setakat ini.
Beliau berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Perundangan Negeri Selangor dan diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian pada 2 serta 22 Februari lepas.
"Arahan daripada Jabatan Peguam Negara pada 23 Feb lepas adalah supaya siasatan diteruskan untuk mendapatkan laporan hasil analisis daripada pihak forensik bagi telefon bimbit milik suspek yang dirampas.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun," katanya.
Sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Anis Shafika Muhamad Adilah di talian 011-1095 1310.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
![Polis siasat lelaki aniaya anak monyet Polis siasat lelaki aniaya anak monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678105332_TBMohdIqbalIbrahim.jpg)
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan ke atas lelaki berusia 37 tahun itu daripada orang awam pada 11.25 pagi 20 Jan lepas. - Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis siasat lelaki aniaya anak monyet Polis siasat lelaki aniaya anak monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678105332_TBMohdIqbalIbrahim.jpg)
Polis siasat lelaki aniaya anak monyet
Siasatan awal mendapati haiwan malang itu telah dianiaya dengan cara dipukul, dicacatkan dan dibakar pada bahagian kaki serta tangan.