Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook Sarawak Update untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata seorang individu telah membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status daripada Sarawak Update yang didakwa menghina menteri Sarawak dan mengandungi kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum.
"Polis Sarawak telah memulakan siasatan berkenaan status daripada Sarawak Update di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Pada masa ini tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali Sarawak Update yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen oleh pengikut laman sosial itu, jelas bahawa status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Justeru, beliau menggesa agar pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017

Polis Sarawak telah memulakan siasatan berkenaan status daripada Sarawak Update di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis siasat status 'Sarawak Update' hina kaum
Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.