GUA MUSANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini agar tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas.
Bagaimanapun, katanya hingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.
"Hasil siasatan polis, kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2, di sini, namun tiada kepastian.
"Tarikh dan masa kejadian juga tidak dikenal pasti," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sik berkata semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian dalam video itu.
Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita hanya menahan kesakitan dan tidak melawan apabila dimarahi, ditampar serta dipukul dengan topi keledar oleh seorang lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki ugut bakar anak positif dadah, punyai 12 rekod lampau - Polis
Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di Kuantan, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

Kelantan, Kuala Lumpur, Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Beberapa kawasan di Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Polis siasat video lelaki pukul wanita
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini agar tampil bagi membantu siasatan.

Kes libas pedang samurai di lebuh raya video lama
Tular klip video durasi 24 saat memaparkan seorang lelaki tempatan melibas sebilah pedang samurai ke arah pekerja lebuh raya yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook 'Joran Caster' kes pada 2018.

Lagu Apa Dah Jadi seru perangi rasuah
Tawaran menyanyikan semula lagu S.M Salim dalam versi memberi nasihat mengenai bahaya rasuah merupakan satu penghormatan buat dirinya.

V.K Lingam gagal dalam rayuan batal keputusan keluarkan nama daripada senarai peguam
Mahkamah Rayuan menolak rayuan V.K Lingam untuk membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib Badan Peguam yang mengeluarkan namanya daripada senarai peguam atas dakwaan salah laku.

Lelaki hina Islam, hasut murtadkan seorang wanita ditahan
Huzir berkata permohonan reman ke atas suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon pada Rabu bagi siasatan lanjut.

Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari
Mereka ditahan SPRM semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.

Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.