KUALA KANGSAR: Satu siasatan lanjut sedang dijalankan polis terhadap perkongsian seorang lelaki menerusi Facebook Live di sebuah kedai di Sayong Lembah di sini yang mendakwa bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.
"Saya telah mengarahkan ketua jabatan siasatan jenayah negeri dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar untuk jalankan siasatan. Benda ini (video) memang dibuat di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
"Polis akan dapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di sini pada Jumaat.
Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
"Biar kita siasat dulu, nanti kita akan kongsikan (butiran siasatan).
"Siasatan perkara berkaitan tular menggunakan rangkaian tidak wajar ini biasanya akan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sejak Khamis tular di media sosial video seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Dalam rakaman itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah ALLAH iaitu Imam Mahdi.
Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.
"Sesiapa yang belum ada busur dan pedang, silalah dapatkan sekarang.
"Kalau tak ada busur panah, ikhtiarlah untuk miliki pedang, RM265 sahaja siap pos," kongsinya merujuk kepada pedang yang dijual di premis itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

Tangkap layar video Facebook Live yang dibuat individu berkenaan ketika mengunjungi sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. -Foto Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Polis kenal pasti pemilik video dakwa kemunculan Imam Mahdi
Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan masih diteruskan meskipun video berkenaan sudah padam oleh pemilik akaun Facebook terbabit.

Polis siasat video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.