KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung video tular membabitkan kejadian melibatkan sebuah van penghantar barangan yang telah dipecahkan cermin menggunakan 'steering lock' oleh seorang wanita di hadapan bangunan Maxim di sini minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.
"Pada 5 Julai pada jam 10.02 malam, polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 26 tahun membuat laporan berkaitan keretanya dihimpit oleh sebuah van penghantaran semasa bergerak dari Sky Awani 1 ke One Maxim Sentul Kuala Lumpur.
"Laporan kedua pula diterima pada 6 Julai pada jam 11.28 pagi berkaitan kes khianat pecah cermin van semasa berada di hadapan Bangunan Maxim yang dibuat oleh seorang lelaki berumur 36 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, kedua kejadian itu adalah saling berkait.
"Menurut laporan daripada pemandu kereta jenis Perodua Axia, semasa dia sedang menghentikan kereta yang di lampu isyarat Kampung Batu Muda Kuala Lumpur, sebuah van berwarna jingga yang merupakan van penghantar barangan telah menghimpit kenderaannya.
"Pemandu wanita berkenaan turut mendakwa pemandu van tersebut telah bertindak mematahkan cermin sisi kereta pemandu Axia tersebut.
"Oleh kerana tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia telah mengekori van tersebut dan bertindak membunyikan hon untuk berhenti dan berbincang namun tidak diendahkan," katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak berpuas hati, pemandu kereta Axia tersebut telah bertindak menghalang laluan van tersebut dan bertindak memecahkan cermin van menggunakan 'steering lock'.
"Bagaimanapun laporan polis yang dibuat oleh pemandu van telah menafikan kejadian tersebut dan menyatakan kejadian perselisihan ini adalah berpunca daripada tindakan pemandu kereta Axia yang telah membuat pusingan U secara tiba-tiba.
"Pemandu van telah bertindak membunyikan hon untuk menegur perlakuan pemandu kereta Axia tersebut, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu van itu, pemandu kereta Axia telah bertindak mengejar van tersebut dan secara tidak sengaja telah bergesel sesama sendiri," katanya.
Jelasnya, akibat daripada itu berlaku perselisihan faham antara kedua mereka.
"Pemandu kereta Axia bertindak mengetuk cermin van tersebut menggunakan 'steering lock' hingga menyebabkan cermin van itu retak.
"Polis telah mengesahkan kedua-dua kejadian ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan akibat khianat," katanya.
Tambahnya, kedua individu sudah dirakam keterangan percakapan.
"Kedua-dua kes tersebut masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis siasat video tular wanita pecahkan cermin van penghantar
Sinar Harian
Sat Jul 10 2021

Polis menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut. -Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Ditumbuk, cermin kereta dipecah kerana bunyikan hon
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar.

Pecah cermin, bakar kereta akibat selisih faham
Kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan beberapa hantaran di laman Facebook.

Polis siasat video tular wanita pecahkan cermin van penghantar
Polis menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.

Gara-gara tak puas hati bunyi hon, lelaki naik angin pecahkan cermin kereta
Setelah cermin keretanya dipecahkan, mangsa bertindak dengan terus memandu kenderaannya ke balai polis.

Geng 'Fikriyadi' ditahan polis
Kedua suspek juga mengaku bergiat aktif melakukan pecah cermin kenderaan di kawasan Damansara sejak September tahun lalu

Padah mengamuk pecah cermin dan kemikkan bumbung kereta, lelaki didenda
Seorang lelaki didenda RM5,000 kerana memecahkan cermin kereta milik rakan adik perempuannya.

'Cantik gelang Raya?' - Netizen kecam lelaki baran pecah cermin kereta kerana dihon
Suspek pecah cermin kereta dah kena tangkap

Lapan diberkas dalam kes samun, pecah cermin kereta
Lapan suspek kes rompak dan pecah cermin kereta di sekitar ibu negara diberkas di tiga tempat berasingan dalam serbuan oleh Polis Selangor.