KUALA LUMPUR: Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan Forex yang menyasarkan mangsa dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata mereka yang ditahan di dua unit kondominium di sekitar Jalan Ampang pada 6 petang Rabu itu terdiri 16 lelaki serta dua wanita masing-masing seorang rakyat tempatan dan warga asing.
Beliau berkata dalam serbuan itu juga pihaknya merampas 62 jenis peralatan antaranya 18 set komputer dan 43 unit telefon bimbit.
"Pelaburan ini tidak wujud dan mereka menyasarkan warga Korea Selatan dan AS untuk melabur dalam pelaburan tidak wujud (Forex).
"Mereka akan menjemput para pelabur untuk melabur menggunakan platform 'Poly X' yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 1.5 peratus. Namun, selepas melabur mereka dipercayai tidak mendapat pulangan dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas dan menerima bayaran sebanyak RM3,000 sebulan.
"Suspek direman sehari (semalam). Nilai keuntungan yang diperoleh dan pemilikan premis masih dalam siasatan pihak polis," katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Sindiket ini menyasarkan warga Korea Selatan dan AS untuk melabur dalam pelaburan Forex tidak wujud. - Gambar hiasan
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Beberapa kawasan di Lundu dinaiki air
Hujan lebat tanpa henti sejak pagi menyaksikan beberapa kawasan di Lundu, Sarawak dinaiki air. Antara yang teruk terjejas, kawasan borong King Supermarket, lokasi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS
Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan forex.
Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.
BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan
Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.
Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550
Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 apabila diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud.
Sindiket forex berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi tumpas
Hasil serbuan mendapati 23 lelaki dan 15 wanita serta seorang pengelola syarikat sedang sibuk berurusan menggunakan telefon bimbit disyaki sedang memancing pelanggan.
Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar
Skandal Forex merupakan kerugian pertukaran wang asing sekitar RM31.5 bilion antara 1991 hingga 1994 oleh Bank Negara pada 90an.
Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis
Menurut Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, jika diteliti audio ucapan itu jelas dilihat dibuat oleh golongan tertentu untuk menimbulkan fitnah.
Pemilik syarikat produksi bergelar datuk ditahan, bantu siasatan kes forex
Suspek yang berusia 35 tahun itu telah ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (AMLA) di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira 5.30 petang semalam.
Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki berusia 56 tahun bersama isterinya 55, ditahan sejurus pulang dari negara jiran selepas keluar negara sejak 11 Feb lepas.