Dua lelaki Bangladesh yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing ditahan dalam dua serbuan di Jalan Alor, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek yang merupakan penjaga kaunter, ditahan dalam serbuan kira-kira 5.40 petang semalam.
“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor, telah beroperasi selama satu hingga dua minggu, dengan setiap dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dikenakan bayaran RM50.
“Pihak polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan dan beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 9 malam, di mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba, ketika berurusan dengan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warganegara asing dan kedua-dua suspek bekerja dengan anggaran gaji RM1,500 dan RM1,700 sebulan.
Antara bahan bukti yang dirampas dalam serbuan berkenaan termasuk beberapa unit komputer riba, mesin pencetak, mesin laminator, beberapa helai kertas keputusan ujian saringan COVID-19 palsu, dan wang tunai berjumlah RM1,331.
“Susulan itu, suspek dan rampasan dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen,” jelasnya.
Mazlan berkata, pihaknya memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 ini, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.
“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020

Mazlan berkata, pihaknya memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahi undang-undang. - Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.