BATU PAHAT: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan ceti haram atau ah long dan melakukan khianat dengan menyimbah cat serta membaling bom petrol ke kediaman dan rumah kedai di sekitar daerah ini, sejak awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata dalam tempoh tersebut pihaknya menerima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dengan kerjasama IPD Muar telah melakukan dua serbuan berasingan di Bakri, Muar pada Khamis dan Sabtu.
"Serbuan pertama, polis menahan individu berumur 37 tahun dan siasatan mendapati, lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes dadah. Beberapa barangan seperti tin cat berwarna merah, botol cecair 'thinner' dan pakaian dipercayai dipakai suspek ketika kejadian turut dirampas.
"Serbuan kedua, rakannya berumur 40 tahun dipercayai individu utama kes tersebut ditahan dan semakan rekod lampau mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah serta tiga rekod berkaitan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Polis turut merampas sebuah Toyota Vios disyaki digunakan ketika melakukan jenayah itu.
Ismail berkata kedua-dua individu ditahan reman tujuh hari dengan suspek pertama sehingga 2 Jun ini, manakala individu kedua sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau dengan tertangkapnya kedua-dua suspek berkenaan, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes berkaitan kegiatan ah long dan khianat yang berlaku di sekitar Batu Pahat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes berkaitan kegiatan khianat yang berlaku di sekitar Batu Pahat. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.

Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.

Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.

Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran
Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.

Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan
Seorang pelayan bar dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat, Ogos lalu.

Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua tahun sembilan bulan penjara selepas mengaku bersalah atas empat kesalahan perbuatan khianat dan satu kes ugutan jenayah.

3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan
Tiga lelaki dihukum penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu.

4 pemungut hutang sindiket Ah Long bakar kereta, simbah cat merah ditahan
Kesemua suspek masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Tambun, Ipoh dan Ulu Kinta, Perak pada 4 Mei dan 6 Mei lepas.