KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mengedar dadah, dan merampas syabu bernilai RM4 juta dalam serbuan di sekitar Desa Petaling di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dadah jenis syabu seberat 126.18 kilogram itu dirampas dalam sebuah kereta yang dipandu seorang suspek berumur 37 tahun sekitar pukul 2.40 petang hingga 5.30 petang.
Beliau berkata hasil soal siasat ke atas suspek pertama, polis menyerbu sebuah rumah sekitar kawasan sama dan menahan seorang lagi suspek berusia 43 tahun.
"Sindiket ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun 2023 dan modus operandi digunakan adalah menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran menggunakan jalan darat. Kesemua dadah ini diedar di pasaran tempatan terutamanya sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu pejabat polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khaw berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Turut disita harta benda yang dianggarkan bernilai RM97,700 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 iaitu dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Mercedes Benz, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan RM4.14 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Khaw berkata dadah seberat 126.18 kilogram itu dirampas dalam sebuah kereta yang dipandu seorang suspek berumur 37 tahun. - Foto Sinar Harian

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Dua lelaki ditahan empat jam selepas samun kedai peralatan memancing
Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam berjaya ditahan dalam tempoh empat jam selepas menyamun sebuah kedai menjual peralatan memancing.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 juta
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.

Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta
Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat aktiviti mengedar dadah, dan merampas syabu bernilai RM4 juta dalam serbuan di Desa Petaling.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.

Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan
Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kajang.

Polis tahan dua lelaki, patahkan sindiket godam kad bank
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank individu di negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di Kuantan.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut PM Anwar, Timbalan KPN di media sosial
PDRM menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.