GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Yew Tung Seang di Jalan Park, Pulau Tikus, di sini semalam.
Kesemua suspek berusia antara 25 dan 37 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Bersih, Butterworth pada 10.15 pagi semalam, iaitu kira-kira sejam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah tersebut.
Menurut sumber polis, kejadian itu disedari ahli keluarga Yew pada 9 pagi selepas mendapati rumah tersebut dalam keadaan berselerak dan pemeriksaan lanjut mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV dan beberapa barangan hilang antaranya komputer riba serta beg berjenama.
"Pemeriksaan kamera litar tertutup di kediaman rasmi itu mendapati kelibat lelaki telah memasuki rumah dua tingkat tersebut pada 5 pagi dan melarikan barangan yang hilang termasuk sebuah kereta," katanya di sini hari ini.
Sumber berkata dua suspek yang ditahan masing-masing bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan sementara dua lagi menganggur, dengan tiga daripada mereka mempunyai tiga hingga 21 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan berkenaan, selain memberitahu polis sedang memburu beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat.
Menurut beliau, polis percaya dengan penahanan empat lelaki itu pihaknya berjaya menyelesaikan kejadian pecah rumah tersebut dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
"Polis juga berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan suspek termasuk kereta, cuma buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana kita masih mengesan saki-baki suspek dan barang kes,” katanya.
Sahabudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021

Sahabudin berkata, polis berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan suspek termasuk kereta. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah
Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, Selangor, tengah malam Sabtu.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa
Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.

'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan
Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah premis dan curi kenderaan selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan dikenali sebagai Geng Takim.

Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan jenayah secara solo ditahan di sebuah hotel di Angkasa Nuri kira-kira 4.20 petang 16 Okt.

Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kediaman mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh di Taman Melawati akan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian pecah rumah.

Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.

Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.