Dalam usaha melarikan diri dari ditahan polis, seorang lelaki dipercayai membawa dadah jenis methamphetamine, bertindak memecut laju kenderaannya sejauh 12 kilometer sebelum memandu melawan arus dan melanggar sebuah kenderaan lain.
Kejadian pada pukul 1.00 petang itu menyaksikan suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga memecut kenderaannya dari Jalan Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang sebelum memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin, yang menyebabkan ia melanggar sebuah kereta Perodua Myvi berhadapan KFC Jelapang Square, di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata kejadian bermula apabila polis yang meronda di sekitar Jalan Perusahaan Menglembu mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan, sebelum suspek terus memecut laju kenderaannya secara melulu selepas diminta memberhentikan kenderaan.
"Anggota polis mengejarnya hingga ke kawasan Jelapang Square dan suspek yang memandu secara melawan arus, melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang menyebabkan dia luka di mulut, manakala pemandu dan penumpang Myvi hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata selepas pergelutan, suspek yang ditahan didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau, dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket plastik lutsinar putih di atas tempat duduk pemandu yang mengandungi dadah dipercayai jenis Methamphetamine seberat 0.48 gram.
Katanya suspek disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 dan 289 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020

Asmadi berkata, suspek yang ditahan didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau. -- fotoBERNAMA/Fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Pelajar 17 tahun cedera jatuh dari tingkat lima PPAM
Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

Polis siasat himpunan solidariti terhadap Muhyiddin di pejabat SPRM
Seramai lima pegawai dan 39 anggota ditugaskan membabitkan semua elemen.

Remaja lelaki diberkas kes cabul dalam lif
Siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.

Mayat wanita reput ditemukan di dalam tasik di Putrajaya
Polis Putrajaya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang.

Pekerja kedai herba perubatan maut dipercayai dibunuh
Pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian yang menimpa lelaki tempatan berumur 31 tahun dikenali sebagai Boy itu pada kira-kira 1.15 tengah hari.

PKPD Hulu Kinta: Polis keluarkan enam kompaun, lapan saman trafik
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, operasi dijalankan ekoran isu yang tular menerusi laman sosial Facebook milik seorang pengguna.

Tular gaduh depan restoran di Ipoh, polis tahan 2 lelaki, cari pemilik akaun Twitter
Polis turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.

Mayat reput tepi landasan kereta api
Mayat mangsa ditemui masih berpakaian dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati barangan peribadi masih bersama mangsa.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.