IPOH: Polis menahan seorang pemandu kereta kerana dipercayai terbabit dalam insiden menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing, dekat Batu Gajah, seperti yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar Changkat Larang, Lahat, pada sekitar jam 3 pagi tadi.
"Suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Bagaimanapun, motif insiden tersebut masih dalam siasatan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu,polis memaklumkan sedang mengesan pemilik kereta jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut susulan menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.
Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Manurut polis, suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Naik taraf sistem perkhidmatan kerajaan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah sistem perkhidmatan kerajaan hendaklah dinaik taraf guna teknologi digital yang lebih cekap dan telus bagi membanteras amalan rasuah, salah guna kuasa.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong seru kerajaan terus bantu pekebun kecil, penternak, nelayan
Sultan Ibrahim seru kerajaan untuk terus bantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, serta mengambil tindakan proaktif bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
Agong seru semua pihak jayakan Kempen Melawat Malaysia 2026
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyeru agar semua pihak perlu berusaha untuk menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 terutamanya dalam memastikan negara bersih dan selamat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong zahir rasa bimbang budaya fitnah, hasutan dalam talian (1)
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bimbang dengan budaya fitnah serta hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis tahan lelaki tabur paku di jalan raya
Suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Polis kesan pemilik kenderaan tabur paku di jalan raya
Insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.