Polis menahan seorang lelaki di Jalan Bagan, Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata mengakibatkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 5.30 petang semalam, mangsa yang berusia 41 tahun ketika itu berada di rumahnya di Taman Serai Setia, Kulim, didatangi suspek berumur 21 tahun bersama dua lagi rakannya.
"Tiga suspek terbabit datang ke rumah mangsa dengan membawa rantai besi, batang besi serta batang kayu dan salah seorang suspek memaklumkan dia tidak akan membaiki kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan keretanya sebelum ini.
"Selepas itu, dua suspek menendang pintu pagar rumah mangsa sehingga patah sebelum masuk ke dalam rumah dan terus memukul mangsa di seluruh bahagian badan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tapak kaki kiri, tangan sebelah kiri dan kepala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Nasir berkata mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, pihaknya berjaya menahan seorang suspek pada 1.45 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes dadah.
"Siasatan juga mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes serangan itu dan polis sedang mengesan dua lagi suspek. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Bernama
Mon Dec 03 2018
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 5.30 petang semalam, mangsa yang berusia 41 tahun ketika itu berada di rumahnya di Taman Serai Setia, Kulim - BERNAMA
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Bagan, Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata.
Lima suspek warga tempatan samun polis ditahan
Kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan adalah warga tempatan yang berumur antara 18 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Hulu, Sungai Petani dan Negeri Sembilan pada 17 Mei.
Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya Vannie melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori tersebut.