Polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan dalam kejadian yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 5 petang Isnin hasil kerjasama Kedutaan Nepal di Malaysia dan orang awam.
Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Rajab dalam satu kenyataan turut memaklumkan suspek akan dibawa ke mahkamah pada pagi ini untuk proses reman.
Mengulas lanjut, Rajab memohon bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa kejadian itu (pengawal keselamatan yang dipukul) bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau ASP M Hussin Sollehuddin Zolkifly (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju) di talian 017-2446363 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Pada 31 Julai lepas, satu video berdurasi 44 saat tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing dengan sebatang kayu.
Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju pada 7 Julai lepas.
Kejadian itu menerima kecaman ramai dan beberapa laporan polis turut dibuat oleh pelbagai pihak termasuk pejabat Kedutaan Nepal di Malaysia.
Hakim Rahman
Mon Aug 03 2020

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa kejadian itu (pengawal keselamatan yang dipukul) bagi melengkapkan kertas siasatan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengarah filem Tamil terkenal ditemui mati di kediamannya
Seorang pengarah tempatan ditemukan mati di kediamannya di Jalan Air Panas Setapak, di sini semalam.

Dua saksi perbicaraan kes bunuh dicari
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Wangsa Maju DSP G. Stephan di talian 03-9289 9222/016-3767 390.

Jadikan kondominium mewah 'sarang' perjudian online, 19 warganegara China ditahan
Polis turut merampas 15 komputer riba, 14 unit tetikus, tiga unit modem dan 49 telefon bimbit bernilai RM65,000 dipercayai digunakan bagi jenayah itu.

Polis tahan lelaki warga Nepal bantu kes pukul pengawal keselamatan
Polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan dalam kejadian yang tular di media sosial.

Polis serbu 'call centre' sindiket judi dalam talian, 42 warga China diberkas
Dalam serbuan yang bermula jam 5.30 petang itu, 42 warga China termasuk dua wanita berusia 23 tahun dan 35 tahun diberkas.