Skip to main content

Malaysia

Polis tahan lima individu disyaki terlibat serangan bersenjata di Petaling Jaya

Shamsudin berkata pihaknya turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. - Gambar fail/Bernama
Shamsudin berkata pihaknya turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian menyerang seorang lelaki menggunakan senjata berbahaya di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Pada 1.03 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis daripada satu lelaki warga tempatan memaklumkan telah diserang oleh beberapa individu... polis turut mengesan satu video berkaitan insiden tersebut yang tular di media sosial,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga suspek mempunyai beberapa rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah manakala dua lagi tiada rekod lampau. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata atau objek berbahaya semasa melakukan rusuhan... orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden ini,” katanya.

Shamsudin turut menyeru saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement