ALOR SETAR: Polis menahan seorang suspek bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini awal pagi tadi.
Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam insiden terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 362 Kanun Kesiksaan.
“Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita.
“Kejadian itu sempat dirakam seorang saksi yang ketika itu berada di tempat kejadian dan susulan itu polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa yang tinggal di Taman Wira, Mergong, mengatakan anak lelaki mereka dilarikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, siasatan mendapati mangsa telah dibebaskan oleh suspek dan polis turut mengesannya untuk membantu siasatan, termasuk mengenal pasti motif kejadian itu.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 25 2023

Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita. - Gambar/ PDRM
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Pemandu kren, penarik kereta didakwa larikan lelaki secara paksa
Seorang pemandu kren dan dua penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melarikan secara paksa seorang lelaki, minggu lepas.

Polis tahan suspek larikan orang, buru rakan subahat
Polis menahan seorang suspek bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana, di sini pada Isnin.