IPOH: Polis menahan tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah malam Sabtu lepas menjadikan seramai empat tangkapan setakat ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh antara pukul 7.45 petang hingga 11 malam Ahad lepas.
"Dua daripada suspek adalah rakan, manakala seorang lagi dan tangkapan sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata hasil ujian awal saringan air kencing ke atas mereka mendapati kesemua keempat-empat positif dadah jenis ganja.
Katanya kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Ahad lepas, polis dilaporkan sedang mengesan enam lagi lelaki tempatan yang masih bebas selepas menahan seorang suspek berusia 24 tahun di perkarangan tempat letak kereta awam pada pukul 11.50 malam hari kejadian.
BACA: Tular kecoh di HRPB, polis tahan seorang lelaki, kesan enam lagi
Insiden kekecohan di hospital itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di sini.
Beberapa video tular dalam media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Insiden kekecohan di hospital itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong. - Foto fail
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
HRPB lakar sejarah, laksana pembedahan pintasan arteri ECIC pertama di Perak
Pembedahan pintasan itu membabitkan seorang pesakit berusia 56 tahun yang menghidap penyakit Moya-Moya.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.
Empat pesakit berkaitan cuaca panas di Perak stabil, masih dirawat - Exco
Keempat-empat pesakit berkenaan dipercayai mengalami masalah kelesuan dan strok haba.
Perak mohon polis tidak saman kenderaan parkir di luar HRPB
Kerajaan negeri akan berbincang dengan polis dan MBI supaya tidak mengeluarkan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB.
HRPB wujudkan Unit Pengurusan Katil untuk percepat kemasukan pesakit ke wad
Kewujudan BMU, yang kini beroperasi 24 jam sehari, membantu melancarkan proses discaj dan kemasukan pesakit di semua wad.
Tahanan kes dadah mati ketika terima rawatan
Suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke mahkamah.
Mayat lelaki dengan kesan torehan ditemui di Kampung Kuchai
Keadaan lelaki berusia 54 tahun itu disedari orang awam sekitar jam 3.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis.
Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB akan dinaiktaraf - KKM
Jabatan tersebut kini agak sesak dan tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menampung ramai pesakit.