CHUKAI: Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di sekitar daerah Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata tiga suspek yang berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan oleh dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan ibu sawat sebuah syarikat penyedia utiliti di Bandar Cheneh Baru di sini, kira-kira 2 pagi tadi.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai logo palsu sebuah syarikat telekomunikasi.
"Pasukan peronda yang menjalankan pemantauan telah terserempak dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan dinaiki tiga lelaki di tepi jalan besar di hadapan ibu sawat syarikat penyedia utiliti.
"Pemeriksaan menemukan dua unit pemotong kabel berwarna kuning yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini hari ini.-- LAGI
Hanyan berkata polis telah merampas kenderaan dan beberapa barangan lain milik suspek untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata susulan tangkapan itu pihaknya telah berjaya menyelesaikan 11 kes curi kabel di daerah Kemaman yang bukan sahaja mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat, malah menjejaskan kehidupan seharian penduduk.
"Permohonan reman selama empat hari telah dibuat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama Hanyan turut meminta orang ramai supaya melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes curi kabel.-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Hanyan berkata polis telah merampas kenderaan dan beberapa barangan lain milik suspek untuk siasatan lanjut. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Kanak-kanak perempuan hilang ketika ambil makanan di kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dilaporkan hilang, selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1.

Masalah peribadi, hutang dipercayai punca pengawal keselamatan dibunuh
Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.

Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.

Polis tahan tiga lelaki curi kabel
Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di sekitar daerah Kemaman.

Lima lelaki Bangladesh ditahan disyaki culik rakan senegara
Polis menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lepas.