Ringkasan AI
- Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun selepas penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus. Bayi tersebut ditemukan dalam beg kertas oleh orang awam.
- Siasatan mendapati bayi itu baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek pada pagi yang sama. Suspek, dipercayai ibu bayi tersebut, ditahan di sebuah hospital swasta di George Town.
- Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dan polis berterima kasih kepada orang awam yang membantu dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek di tempat kejadian pada 8.03 pagi.
"Hasil tindakan pantas, pihak polis telah menahan suspek warga tempatan disyaki ibu kepada bayi tersebut pada 2.20 petang di sebuah hospital swasta di George Town dan dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.
"Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.
Abdul Rozak berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
