KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu terus meningkatkan operasi bagi mengesan pesalah trafik yang melakukan pengubahsuaian kenderaan terutama ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang dikesan melakukan kesalahan itu.
Katanya operasi ini akan diteruskan sehingga tiada lagi kesalahan sama dikesan di negeri Terengganu.
"Kita lihat penggunaan ekzos bising ini menjadi trend kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan dan mencantikkan motosikal.
"Jadi kita nasihatkan pemilik motosikal, kereta atau kenderaan bermotor supaya memasang semula ekzos asal bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya di sini, hari ini.
Abd Razak berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan mengingatkan orang ramai agar mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sementara itu, Abd Razak berkata sebanyak 59 saman dikeluarkan termasuk bagi kesalahan ekzos bising dalam Operasi Khas Ekzos Bising bermula 7 pagi Jumaat di sekitar daerah Hulu Terengganu.
Nur Fazlizai Ali
Sat Mar 06 2021

Abd Razak berkata sebanyak 59 saman dikeluarkan termasuk bagi kesalahan ekzos bising dalam Operasi Khas Ekzos Bising bermula 7 pagi Jumaat di sekitar daerah Hulu Terengganu. - Gambar/ PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM Dungun dipercayai tidak siuman
Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.

Terengganu pantau ajaran Ayah Pin, jalin hubungan baik dengan ahli keluarga
Hubungan baik adalah bagi membawa mereka ke jalan yang benar dan memantau serta memastikan ajaran itu tidak kembali tersebar.

Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.

Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU - Polis
Polis berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini
Ketiga-tiga pengundi akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Polis Terengganu tumpaskan sindiket wang palsu
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan mengedarkan wang palsu di negeri itu sejak setahun lalu.