SEPANG: Beberapa langkah penambahbaikan akan diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan lapangan terbang dan kecekapan anggota polis termasuk penggunaan skuter elektrik, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata penggunaan skuter elektrik atau self-control scooter telah dirancang pada awal tahun ini dan kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli peralatan berkenaan untuk kegunaan polis Selangor.
"Kita akan dapat (skuter) dalam masa terdekat. Bila ada skuter ini, lebih cepat respons polis dan lebih luas (kawasan) rondaan dalam masa singkat.
"Ini adalah satu daripada kaedah pihak polis akan guna pakai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di sini hari ini.
Menurut Hussein, pihaknya juga mencadangkan agar pihak lapangan terbang mengadakan pengimbas agar pengesanan awal dapat dilakukan terutama terhadap orang awam yang membawa barangan terlarang seperti mercun dan senjata api.
Beliau berkata orang awam boleh masuk ke kawasan lapangan terbang tanpa kawalan ketat berbanding di negara lain yang perlu melalui mesin pengimbas terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki kawasan lapangan terbang.
"Kalau orang bawa mercun masuk lapangan terbang kita tak boleh tahan sebab itu tempat awam. Di lapangan terbang ada kawasan larangan (airside) dan kawasan terbuka (landside).
"Jadi mungkin di situ kena ketatkan supaya orang tidak bawa barang terlarang yang bahayakan orang awam dan mereka ke lapangan terbang terancam," katanya.
Hussein berkata tahap keselamatan di lapangan terbang juga akan disemak semula supaya insiden seperti kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini dapat dicegah lebih awal.
Pada masa sama, beliau berkata cadangan lain termasuk lorong berhampiran pintu balai ketibaan dan pelepasan tidak patut dibuka kepada orang awam yang boleh mendedahkan kepada risiko lebih tinggi kerana orang boleh parkir kenderaan dan masuk secara mudah.
"Ini cadangan pihak polis dari dulu lagi. Dulu kita tak bagi orang awam masuk sebab faktor keselamatan.
"Ia menggugat keselamatan di kawasan lapangan terbang kerana orang boleh memandu dan beberapa langkah dia masuk tanpa kawalan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian di KLIA Terminal 1.
Suspek mulanya melempar mercun sehingga mencederakan dua orang awam, sebelum nekad menghampiri mangsa yang juga isterinya.
Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah isteri yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan KLIA Terminal 1, namun satu das tersasar dan satu lagi das terkena seorang daripada pengawal peribadi kepada isteri suspek.
Susulan insiden itu, mangsa cedera di bahagian perut dan kini dirawat di sebuah hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

Hussein (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa sebagai simbolik Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA. -Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Suspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
Suspek sempat melarikan diri dari Klang ke Melaka, dan berada di sana selama lima hari sebelum berpatah balik ke Banting, dan dua hari lepas dikesan di Sabak Bernam.

Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada Selasa.

Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.

Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.