KOTA KINABALU: Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata lelaki yang berasal dari Gurun, Kedah itu, dibuang kerja kerana dadah dan beliau ditahan bersama suspek lain berumur dalam lingkungan 32 hingga 64 tahun dalam beberapa siri tangkapan sekitar sini.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan curi antaranya barang kemas, komputer riba, beg berjenama dan barangan berharga lain bernilai RM520,000.
Katanya, geng yang aktif sejak enam bulan lepas itu dipercayai terlibat dalam 19 kes pecah rumah di sini termasuk dua kes kecurian peti besi dan sepucuk pistol, serta beberapa kes pecah rumah di Tuaran, Kota Marudu dan Penampang.
"Modus operandi kumpulan itu adalah membuat pemerhatian terhadap rumah mewah di sekitar Kota Kinabalu yang dijadikan sasaran, apabila mereka yakin rumah itu tiada penghuni mereka akan masuk dengan melompat pagar dan membuka atau mengumpil pintu serta tingkap rumah.
"Barang berharga itu kemudian akan dilupuskan dengan dijual di kedai pajak gadai di Kota Kinabalu dan Kota Belud, selain dihantar kepada pembeli barangan curi di Ampang (Selangor)... kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata enam lagi anggota geng berkenaan masih diburu, justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
![Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun' Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645719473_GengGurun.jpg)
Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739021060_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini.
![Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732174726_TBONNHAFIZ.jpg)
Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun' Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645719473_GengGurun.jpg)
Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun'
Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini.