SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berwatakan wanita berusia 47 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas membuat pengakuan bersalah atas tuduhan melindungi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ Disember tahun lalu.
Tertuduh, Rusli Mat, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad, di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Ahad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melindungi seorang lelaki bernama Abdul Hamim Abd Hamid, atau lebih dikenali sebagai Long Tiger di sebuah rumah bernombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, Kedah sekitar pukul jam 3.15 petang, 28 Disember lalu.
Rusli didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.
Terdahulu, peguam kepada tertuduh memohon mahkamah untuk meringankan hukuman kerana kesalahan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan Rusli selain dia tidak mempunyai rekod jenayah.
Majistret Nurul Ainna kemudiannya menetapkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh.
Mengikut fakta kes, Long Tiger yang melarikan dirindari Mahkamah Tangkak, Johor telah menghubungi tertuduh pada 18 Disember pada pukul 10 pagi bagi memaklumkan untuk menumpang di rumahnya sementara menunggu masa untuk lari ke Indonesia.
‘Long Tiger’ kemudiannya dipercayai datang ke rumah tertuduh pada jam 8.45 malam hari yang sama dan menumpang di rumah berkenaan selama 11 hari.
Tertuduh didakwa dengan rela hati memberi kebenaran kepada Long Tiger untuk bersembunyi daripada pihak polis.
Namun, pada 28 Disember, pukul 3 petang, sepasukan polis telah datang ke rumah berkenaan bagi menangkap ‘Long Tiger’ dan mendapati kedua-dua mereka berada di lokasi kejadian.
Pihak polis kemudiannya telah mengetuk pintu beberapa kali dan turut memperkenalkan diri namun tertuduh didakwa tidak membuka pintu rumah tersebut serta tidak memberi kerjasama.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan sengaja melindungi ‘Long Tiger’ dengan niat hendak mengelakkannya daripada ditangkap.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jan 09 2022

Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.

Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.

Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan
Datuk Dr Luqman Abdullah berkata kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.

Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut
Hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati tiada aktiviti seperti dakwaan itu berlaku di Pulau Peranginan tersebut.

Anggota Parlimen Pas guna perkataan 'pondan' diarah keluar dewan
Ahmad Marzuk membangkitkan isu tender terbuka yang didakwa merupakan agenda menghapuskan masa depan kontraktor Bumiputera.

Pelancong Filipina didakwa ganggu kesantunan orang awam dengan berbogel di Jalan Sultan Ismail
Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan, yang videonya tular baru-baru ini, didakwa lagi di Mahkamah Majistret.

Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.

Kelantan kenakan tindakan tegas terhadap pondan
Tindakan itu boleh dikenakan terhadap pesalah warga tempatan dan orang luar yang datang ke negeri ini.

'Pondan' Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan
Beberapa buah salon kecantikan di Aceh yang mengambil wanita transeksual sebagai pekerja diserbu oleh pihak polis.

Terengganu akan anjurkan kursus kesedaran kepada golongan pondan
Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan kursus kesedaran kepada golongan 'mak nyah' atau pondan di seluruh negeri ini setelah jumlah sebenar mereka yang terjerumus ke dalam gejala itu diperoleh.