KUALA LUMPUR: Portal Rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Dis lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan pasukan teknikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jabatan itu menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara tersebut.
"... ini termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan. Insiden pencerobohan yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang data tertiris.
"Saya telah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini lohong gelung yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga memaklumkan proses penyiapan infrastruktur baharu iaitu pelayan, sistem operasi dan aplikasi yang akan dinaik taraf ke versi terkini dijangka siap sebelum Januari 2024.
Kenyataan itu turut memaklumkan jabatan berkenaan menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di Portal Halal Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023

Hakimah memaklumkan proses penyiapan infrastruktur baharu iaitu pelayan, sistem operasi dan aplikasi yang akan dinaik taraf ke versi terkini dijangka siap sebelum Januari 2024. - Gambar IG halalmalaysiaofficial
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Insiden pencerobohan portal Halal Malaysia tidak sebabkan ketirisan data - Jakim
Portal Halal Malaysia itu kini mula beroperasi kembali pada Rabu lepas (13 Dis) setelah tindakan pembaikan dibuat pasukan ICT Jakim.

Makmal sijil halal dinaik taraf untuk lahirkan ramai pakar - Ahmad Zahid
Makmal sijil halal yang ada akan dinaik taraf bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam pensijilan halal terutama daripada kalangan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Malaysia kekal terajui indikator Islam global bagi tahun ketujuh
Terdapat potensi yang amat besar untuk industri halal ini berkembang lebih jauh.