PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana Presint 1, yang diiktiraf sebagai "The Longest Stairway In A Public Park".
Tangga Putrajaya, yang siap sepenuhnya pada 5 Jan lepas dan berbentuk paksi lurus (axis), memiliki 250 anak tangga dan berketinggian 30 meter (m) serta jarak pendakian sejauh 200m.
Pengarah Komunikasi Korporat PPj Norzita Abdul Razak dalam kenyataan hari ini berkata Tangga Putrajaya itu dapat menarik perhatian pelancong seperti di Spanish Steps di Itali; Potemkin Stairs di Ukraine dan Batu Caves di Selangor, dan pelawat juga dapat menikmati pemandangan indah Putrajaya dari puncak Taman Putra Perdana.
"Berfungsi sebagai salah satu akses masuk dan melengkapkan pembangunan Taman Putra Perdana, Tangga Putrajaya itu menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu dari Dataran Putra menuju ke Mercu Tanda dan ke Hotel Pulse Grande," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Tangga Putrajaya, yang siap sepenuhnya pada 5 Jan lepas dan berbentuk paksi lurus (axis), memiliki 250 anak tangga dan berketinggian 30 meter (m) serta jarak pendakian sejauh 200m. - Foto BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Kartel tipuan bida: MyCC cadang kenakan tiga kontraktor penalti kewangan
MyCC mengeluarkan Keputusan Cadangan mengenakan penalti kewangan terhadap tiga syarikat kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida bernilai RM45 juta.

Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.

KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan
Jabatan Wilayah Persekutuan terima peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

Juadah di bazar Ramadan dicemari ulat: PPj keluar notis amaran keras
PPj mengeluarkan notis amaran kepada sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 di sini susulan isu kebersihan makanan seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

PPj terima pengiktirafan kedua dari MBOR
PPj sekali lagi merangkul pengiktirafan MBOR selepas berjaya melaksanakan Pemetaan Pencahayaan Terbesar pada Tangga Terbuka yang dipancarkan pada Tangga Putrajaya selama empat hari, mulai 26 Jan.

PPj terima pengikitrafan MBOR melalui Tangga Putrajaya
Perbadanan Putrajaya (PPj) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana Presint 1.

Hotel Grand Seasons bertukar wajah jadi markas bantu penduduk ibu kota
Hotel Grand Seasons yang ditutup sejak dua tahun lalu kini berubah wajah menjadi pusat sehenti pelbagai guna yang menjadi 'markas utama' bagi membantu penduduk di ibu negara

Peserta payung terjun maut terjatuh di bangunan kementerian di Putrajaya
Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.

Laluan motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal
Tan Sri Annuar Musa berkata bagi tujuan berkenaan PPj akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.

COVID-19: Operasi sanitasi dijalankan di SK Putrajaya Presint 8 (1)
Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya melaksanakan kerja-kerja sanitasi di Sekolah Kebangsaan Presint 8(1), Putrajaya pada petang Jumaat.