SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya memberkas 75 individu selepas disyaki terbabit aktiviti penyeludupan migran untuk masuk ke Sandakan melalui perairan Pulau Berhala, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, 64 yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala 11 lagi merupakan warga tempatan.
Difahamkan, kesemua suspek menaiki dua buah bot yang disyaki datang dari Filipina.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, PPM sebelum itu mengesan dua buah kapal bergerak dari arah laut lepas memasuki ke kawasan perairan Sandakan dalam keadaan mencurigakan.
“Pasukan Marin kemudian menahan kedua-dua kapal tersebut dan telah menangkap dua orang juragan yang mengemudi kapal tersebut bersama 73 orang penumpang (migran).
“Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka disyaki cuba menyeludup masuk ke Sandakan.
“Dua buah kapal bersama wang tunai sebanyak 109,940 Peso bersamaan RM9,338 dari kedua-dua juragan tersebut turut dirampas, disyaki bayaran tambang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya, setiap penumpang migran juga dipercayai dikenakan bayaran RM84 oleh juragan tersebut.
“Semua suspek masih direman selama 14 hingga 28 hari dan sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan didapati negatif.
“Bagaimanapun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/53,” jelasnya.
Ridzal Abdullah
Sat Apr 24 2021

Difahamkan, kesemua suspek menaiki dua buah bot yang disyaki datang dari Filipina. - Foto PPM Sandakan

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Aidilfitri: Polis Marin tingkat kawalan di perairan Johor Barat, Timur
PPM Wilayah Dua meningkatkan kawalan sempadan terutama di perairan Johor Barat dan Johor Timur bagi mengekang sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan menjelang perayaan Aidilfitri.

PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Polis Marin rampas 327.24 liter arak tidak bercukai
Pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai ditemui di bahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan berkenaan.

Jeti runtuh: PPM gesa pihak berwajib kawal selia pembinaan jeti
Jeti tersebut diguna kira-kira 300 penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan.

PPM Sandakan berkas 75 individu terbabit penyeludupan migran
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya memberkas 75 individu selepas disyaki terbabit aktiviti penyeludupan migran untuk masuk ke Sandakan melalui perairan Pulau Berhala, Pada Jumaat.

Polis Marin tahan nelayan degil langgar syarat lesen, terlibat dadah
Membawa awak-awak belebihan, tidak mempunyai lesen dan disyaki terlibat dengan dadah adalah antara kesalahan yang dikenal pasti.

Polis bongkar cubaan seludup keluar dadah RM9.5 juta ke Acheh
Pasukan Polis Marin (PPM) negeri berjaya merampas 245 bungkusan dadah bernilai RM9. 5juta dalam dua serbuan pada 17 dan 18 Februari lepas.

Penganjur Cub Prix hadapi masalah konsep gelembung sukan
Penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka juga bergantung kepada pelanjutan PKP yang dijadualkan tamat Khamis ini.

Cubaan seludup 300 kg ketum ke Thailand gagal, 5 lelaki tempatan ditahan
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM80,000.