ALOR GAJAH: Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata Unit PPV Bergerak telah dilancarkan di Kluang, Johor pada 10 Julai lepas sebelum diperluaskan di Melaka pada hari ini.
Inisiatif Unit PPV Bergerak itu sebahagian pendekatan yang dilaksanakan di bawah program MOVAK yang merangkumi tiga lagi inisiatif iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti bagi membantu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi khususnya masyarakat luar bandar, ladang dan pinggir bandar.
"Secara keseluruhan, sebanyak 38,754 penerima vaksin di seluruh negara telah menerima suntikan masing-masing menerusi MOVAK sejak program itu dilancarkan pada pertengahan Jun lepas hingga hari ini dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Kita berharap kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat ditingkatkan lagi menerusi inisiatif Unit PPV Bergerak ini selaras dengan peningkatan penerimaan vaksin yang mencecah 14 juta dos pada bulan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Ismail Othman.
Mengulas lanjut, Halimah berkata jumlah Unit PPV Bergerak atau bas khas berkenaan akan digerakkan di setiap negeri mengikut keperluan atau cadangan yang dikemukakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di setiap negeri.
Bas khas tersebut telah diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi memberi keselesaan kepada vaksinator dan penerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
![PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626510379_MenteriPerpaduanNe.jpg)
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyantuni penerima suntikan vaksin menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) untuk penjaja dan peniaga kecil di daerah itu, di Dataran Tun Sri Lanang, hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
Lepaskan lapan das tembakan, polis sedang jejak saspek warga tempatan
Seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
![Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623662056_TBVAKSINWARGAEMAS.jpg)
Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi
Leman Jamal, 73, bersyukur dia akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Semai Budi, FELDA Kepis di sini, hari ini.
![Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615981758_orangasli.jpg)
Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli
Perak akan mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak khusus untuk masyarakat Orang Asli di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.