KUALA TERENGGANU: Ruang solat di dalam masjid tidak boleh dijadikan sebagai tempat suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata, pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di mana-mana masjid, mesti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan.
"Antara SOP yang ditetapkan ialah tidak boleh menjadikan ruangan solat di dalam masjid sebagai tempat suntikan. PPV masjid hanya boleh dibuka sekiranya kemudahan di masjid tersebut bersesuaian. Gunakan kemudahan yang ada seperti bilik kuliah, perpustakaan dan klinik masjid.
"Jika masjid yang mahu digunakan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai, ia sepatutnya tidak boleh dibenarkan beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, masalah PPV masjid berbangkit setelah ada negeri yang telah memulakan program 'outreach' di masjid, tanpa merujuk SOP yang ditetapkan CITF.
"Lalu tersebar gambar ruang solat digunakan untuk tempat suntikan. Malah ada masjid yang gunakan ia sebagai ruang menunggu, dengan disusun kerusi.
"Sebaik menerima maklumat ini, saya telah menghubungi Exco Kesihatan negeri berkenaan, memaklumkan supaya diambil langkah pembaikan untuk mengelakkan gambaran negatif, yang merosakkan usaha murni ini," katanya.
Katanya, beliau sendiri telah turun padang memberikan teguran dan pegawai kesihatan memberi alasan, penggunaan ruang solat itu disebabkan tidak ada ruang lain yang sesuai dan lapang, untuk dijadikan tempat suntikan di masjid berkenaan.
"Saya maklumkan alasan itu tidak boleh diterima. Kita bukan minta setiap masjid buka (dan djadikan) PPV. Kita ada lebih banyak lagi jenis PPV lain yang boleh dibuka seperti dewan orang ramai, balai raya dan klinik kesihatan," katanya yang telah mengarahkan supaya kesilapan yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di mana-mana masjid, mesti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan.- Gambar hiasan
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengharapkan agar prestasi ekonomi negara pada masa kini pada tahap membanggakan, khususnya domestik dan pelaburan negara, dapat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Perbicaraan hari pertama kes mengabai kanak-kanak autism, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bermula Isnin.
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
Malaysia perlu kekal fleksibel hadapi ketidaktentuan perdagangan global
Ketidaktentuan perdagangan akibat dasar Amerika Syarikat (AS) memerlukan Malaysia untuk kekal fleksibel dan meneroka hala tuju baharu seperti BRICS. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid menekankan kepentingan globalisasi serta keperluan memastikan perdagangan antarabangsa kekal adil, telus, dan cekap.
Bahas kepentingan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah
Bahas kepentingan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah
TAGS: ang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengutamakan perbahasan demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara.
TAGS: ang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengutamakan perbahasan demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara.
Keperitan rakyat AS adalah berbaloi - Trump
Pengumuman itu dibuat pada minggu kedua pentadbiran penggal kedua Trump, ketika beliau berdepan krisis nahas penerbangan AS terburuk dalam tempoh beberapa tahun walaupun pentadbirannya bertindak merombak kerajaan secara ketara termasuk langkah yang dikritik pihak pembangkang sebagai tidak sah.
Peranan besar pembangkang awasi kewangan awam
Peranan paling besar yang boleh dimainkan pembangkang di Parlimen adalah mengawasi kewangan awam dan memastikan pengagihan serta pengurusan belanjawan yang berhemah
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.