KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mengkaji semula potensi kira-kira 20 projek di bawah perbadanan itu yang telah atau akan ditamatkan agar boleh dibangunkan berdasarkan konsep bersesuaian dengan keperluan semasa.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata inisiatif itu dirancang untuk merancakkan sektor pembinaan dan pasaran perumahan.
"Pada 2019, PR1MA telah melalui proses rasionalisasi sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi PR1MA.
"Hasil proses ini, daripada 94 projek yang telah ditandatangani perjanjian, 32 projek telah atau akan ditamatkan," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Beliau memaklumkan setakat 31 Mac, PR1MA mempunyai 62 projek bernilai kira-kira RM14 bilion yang sedang dijalankan di seluruh negara.
Shahidan berkata sebanyak 20,587 unit telah siap dibina, 24,756 unit dalam pembinaan manakala 7,420 unit masih dalam perancangan.
Beliau menjelaskan PR1MA juga akan memberikan perhatian khusus terhadap projek yang sedang dalam pembangunan namun mengalami kelewatan seperti Residensi Tebrau dan Melaka Tengah 2.
Katanya projek Residensi Tebrau kini dalam proses memberikan milikan kosong dan akan diserah selewat-lewatnya pada 30 April ini manakala projek Melaka Tengah 2 pula dalam proses melantik kontraktor penyelamat.
Shahidan juga berkata PR1MA terus mencari kaedah penyelesaian untuk membantu golongan sasaran memiliki rumah khususnya dalam tempoh ekonomi yang mencabar termasuk melalui pengenalan Skim Rent To Own.
Beliau berkata PR1MA kini memperhalusi terma serta mekanisme pelaksanaan skim itu sebagaimana yang telah diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 dan ia dijangka dilancarkan pada Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

Shahidan berkata, setakat 31 Mac, PR1MA mempunyai 62 projek bernilai kira-kira RM14 bilion yang sedang dijalankan di seluruh negara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.

MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.

Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.

KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.

Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.

Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).

Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.