KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai seorang sahabat ketika susah dan senang.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sebagai sahabat setia yang tidak pernah meninggalkannya ketika susah dan senang.
  • Anwar menghargai keikhlasan dan kesungguhan Prabowo dalam persahabatan mereka, walaupun menimbulkan ketidaksenangan pihak tertentu.
  • Prabowo tiba di Menara Berkembar Petronas untuk pertemuan tertutup dengan Anwar, yang dimulakan dengan pertukaran dua surat niat antara Axiata Group Berhad dan PT Sinar Mas Tunggal.


Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.

“Beliau dekat dengan saya dalam masa susah senang, beliau di antara sahabat setia saya.

“Sentiasa memerhatikan dan mengambil berat dalam masa duka lara saya yang panjang,” katanya.

Beliau turut berkata, tidak ramai yang boleh dicatat kehebatan dan keikhlasan dalam bersahabat.

“Tidak ramai yang kita boleh catat kehebatan dan keikhlasan mereka dan saya senaraikan Prabowo terkecuali dalam hal ini.

“Ini dapat dilihat atas kedekatan dan kesungguhan beliau yang menimbulkan ketidaksenangan dan kemarahan pihak tertentu,” katanya.

Prabowo tiba di Menara Berkembar Petronas sekitar jam 2.30 petang bagi mengadakan pertemuan tertutup bersama Anwar.

Majlis dimulakan dengan pertukaran dua surat niat (Letter of Intent – LOI) di antara Axiata Group Berhad dan PT Sinar Mas Tunggal iaitu LOI on Ecosystem Growth dan LOI on XLSmart Merger Realization.