KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak ambil peduli tohmahan serta fitnah yang dilontarkan oleh orang luar terhadap kepimpinannya.
Beliau berkata apa yang penting adalah keikhlasan, kerja keras dalam mentadbir urus kerajaan agar Sarawak membangun, menjana pendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
"Kalau kita bagus orang akan dengki, orang nak kutuk saya, kutuklah, saya tidak ambil peduli...saya sebagai seorang Islam percaya Tuhan akan membantu saya.
"Di usia 74 tahun ini, saya diberikan kesihatan yang bagus untuk terus bekerja, berjalan ke negara lain, melihat cara negara lain membangun dan berjumpa dengan orang untuk mencari cara membangunkan Sarawak," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Gawai Dayak Daerah Gedong di sini hari ini.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap individu bernama Nehru Sathiamoorthy, penulis artikel di sebuah platform berita dalam talian yang memperlekehkan kepimpinan dan pencapaian Abang Johari.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata turut mengesahkan sebanyak lima laporan polis telah dibuat terhadap artikel tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Abang Johari berkata apa yang penting adalah keikhlasan, kerja keras dalam mentadbir urus kerajaan agar Sarawak membangun, menjana pendapatan tinggi menjelang tahun 2030. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.

Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.

Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.