Semua premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu mematuhi sepenuhnya tatacara mengendalikan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
KKMM dalam kenyataan pada Jumaat berkata ketetapan tatacara itu telah diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Mei lepas.
Menurut kenyataan itu, tatacara yang perlu diikuti ialah hanya nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan tarikh serta masa kehadiran pengunjung atau pelanggan perlu direkodkan dan kaedah pengumpulan tertakluk kepada premis perniagaan itu sama ada secara manual atau digital.
Selain itu, paparan notis di tempat yang mudah dilihat sebagai makluman kepada pengunjung atau pelanggan mengenai tujuan pengumpulan data peribadi, penggunaan dokumen khusus bagi kaedah secara manual mengikut format dan direkodkan sendiri oleh kakitangan premis perniagaan dan data peribadi yang dikumpul hanya digunakan bagi tujuan pengesanan kontak selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tatacara lain yang perlu diikuti ialah premis perniagaan perlu memastikan data peribadi yang diambil tepat dan tidak mengelirukan manakala had masa penyimpanan data peribadi yang dikumpulkan adalah sehingga selepas enam bulan PKPB ditamatkan dan perlu dimusnahkan dan dipadamkan secara kekal.
Sekiranya premis perniagaan gagal mematuhi perkara tersebut dan disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM300,000 atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Bagaimanapun, pelaksanaan ini juga tertakluk kepada sebarang penetapan baharu oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang untuk memberi data peribadi kepada mana-mana premis perniagaan bagi tujuan pengesanan kontak COVID-19 dan KKMM akan menjalankan pemantauan secara berterusan," demikian menurut kenyataan itu.
Sebarang aduan berkaitan pelaksanaan tatacara itu boleh dimajukan melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) pada pautan https://daftar.pdp.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020

Penasihat jualan sebuah kedai pakaian membantu pengunjung mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar dan mengisi nama, suhu badan dan nombor telefon mereka untuk tujuan rekod. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 dibuka
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022.

K-KOMM mahu jumpa penggiat muzik bincang cara jaga kebajikan - Timb Menteri
Hasrat jumpa artis selaras dengan cadangan kerajaan untuk tubuh Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM).

Sambutan Hari Kebangsaan guna teknologi baharu, galak orang ramai tonton dari rumah
Sambutan berkonsepkan 'Mix Reality' iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR dan XR, yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

KKMM siasat ciapan 'tidak senonoh' di Twitter MCMC
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, sama ada masih di MCMC atau tidak.

KKMM anjur 459 program pembudayaan normal baharu cegah COVID-19
Program yang pertama kali diadakan bersama komuniti ini melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu di perkampungan dan rumah panjang di Sarawak.

Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah
Datuk Halimah Mohd Sadique berkata kempen-kempen yang akan diadakan itu berhubung kait dengan semangat patriotisme rakyat Malaysia seperti cara mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang.

KKMM segerakan penubuhan badan kebangsaan berkaitan muzik, kaji model Korea Selatan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Pasukan Petugas Industri Kreatif, akan menyegerakan penubuhan sebuah badan kebangsaan berkaitan industri muzik.

MBM beri cadangan supaya anak muda hasilkan kandungan kreatif
Presiden MBM Jufitri Joha berkata, KKMM boleh menyediakan modul bagi meningkatkan kemahiran membuat video.

Lesen FINAS: Tidak perlu mohon untuk video TikTok, YouTube - Saifuddin
Saifuddin berkata pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube untuk memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen daripada FINAS.