IPOH: Majlis akad nikah di Perak kini boleh dilaksanakan di premis swasta, Pejabat Agama Islam dan Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Perak.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi surat pekeliling di laman Facebook berkata majlis akad nikah itu bersesuaian dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di negeri ini dan berkuat kuasa mulai hari ini.
Antara prosedur kerja majlis akad nikah itu ialah ia boleh dilaksanakan di tempat seperti premis swasta (dewan serbaguna, hotel dan homestay).
Selain itu ia turut dibenar dilaksanakan di Pejabat Agama Islam di seluruh Perak dan Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Perak.
"Jumlah kehadiran majlis akad nikah tidak melebihi 50 peratus kapasiti keluasan premis tersebut.
"Tempoh masa setiap majlis akad nikah tidak melebihi 1 jam 30 minit, sebarang penyediaan jamuan makan dalam majlis akad nikah tidak dibenarkan dan penyediaan makanan adalah secara bungkusan," ujarnya pada Rabu.
Jelas surat itu lagi, ia termasuk pematuhan sepenuhnya semua protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis.
"Mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka sepanjang masa upacara pernikahan berlangsung dan kerap membasuh tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman," ujarnya lagi.
Selain itu, sebarang kehadiran dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), person under surveillance (PUS), individu dalam perintah kuarantin serta memiliki gejala adalah tidak dibenarkan.
Aida Aziz
Wed Oct 13 2021

Najlis akad nikah itu bersesuaian dengan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di negeri itu dan berkuat kuasa mulai hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.

Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.

10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah

Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.

Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.

Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.

Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.

Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.

Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.

Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.