Susulan kenyataan bahawa kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah 'penceroboh', Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdullah Rahman kini disiasat mengikut Akta Hasutan, lapor Malaysiakini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara berkenaan dan menasihatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan yang bersifat menghasut.
"Nasihat saya kepada semua adalah berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dalam negara ini," katanya.
Kenyataan terbaru Abdullah Zaik itu dikritik hebat hari ini dan mendapat bantahan dari berbagai pihak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP mengutuk "pembohongan berbahaya" Isma ini yang mengajak kepada pelampau agama dan kaum.
Beliau menyamakan bahasa kumpulan itu dengan yang digunakan terhadap minoriti Rohingya Islam untuk mewajarkan penindasan masyarakat itu di Myanmar.
"DAP juga mengutuk peguam negara kerana gagal bertindak terhadap kenyataan rasis ini dan berfikiran sempit dalam agama yang menggunakan bahasa keganasan, kerajaan BN (Barisan Nasional) kelihatan secara tidak langsung menggalakkan kebencian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, pembohongan Isma ini mempunyai kecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3(1) Akta Hasutan, dengan menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan yang berlainan dalam Malaysia.
Lim berkata, Isma juga mempersoalkan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan semua rakyat Malaysia.
"Bagaimana peguam negara boleh layak untuk memegang jawatan itu dan berfungsi secara saksama untuk menegakkan undang-undang apabila wujudnya persendaan 'double standard'," kata Lim.
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi akaun Twitternya juga kesal dengan kenyataan Abdullah Zaik dan menggesa polis menyiasatnya.
Dalam kenyataannya, Abdullah Zaik berkata orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah "penceroboh" dan mempersoalkan kerakyatan dan kekayaan yang diberikan kepada mereka tetapi tidak menyatakan bagaimana ia bercadang untuk membetulkan yang dikatakan salah ini.
"Siapa yang memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan sehingga keputusan menceroboh mereka dilindungi sehingga hari ini?
"Ini semua perlakuan British, yang berada dalam kumpulan yang sama dengan Cina untuk menindas dan membuli orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan di laman web kumpulan itu.
Abdullah Zaik berkata, ini adalah satu kesilapan yang terpaksa diperbetulkan tetapi beliau tidak mengatakan bagaimana.
"Tiada siapa yang mempunyai hak untuk menggadaikan kedaulatan Islam dan Melayu di atas tanah ini," katanya semalam.
Astro Awani
Wed May 07 2014

ABDULLAH ZAIK: Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah "penceroboh"

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sumbangan tidak sampai hanya tohmahan - Aman Palestin
Katanya, sejak ditubuhkan 18 tahun lalu segala bantuan disalurkan terus kepada rakyat di Palestin tanpa melalui kedutaan.

42 laporan polis dibuat terhadap Presiden Isma - Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948.

ISMA dakwa wakili pandangan politik Melayu
Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman menolak tanggapan bahawa kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut sebaliknya seruan penting supaya masyarakat di negara ini tidak melupakan sejarah.

Presiden ISMA disiasat bawah Akta Hasutan
Ketua Polis Negara mengesahkan perkara berkenaan dan menasihatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan yang bersifat menghasut.

Pas bermasalah sebab pilih bersama Anwar
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Anwar.
Calon Isma bakal tanding PRU 13 atas tiket Berjasa
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengumumkan akan bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan dua dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).