Parti Cinta Malaysia (PCM) melancarkan manifestonya pada Rabu dan menggariskan sepuluh isu utama sebagai tumpuan menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.
Manifesto bertemakan 'Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan' itu bukan sahaja mahu membawa pembangunan di negeri tersebut tetapi turut mampu mensejahterakan rakyatnya.
Antara kandunganya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.
Menurut calonnya, Datuk Huan Cheng Guan, dia tidak akan menjadi seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sering menggunakan alasan kekurangan pembiayaan sebagai sebab untuk tidak melaksanakan dasar.
“Saya berjanji akan berhubung dengan agensi ppersekutuan untuk membawa masuk lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang, khususnya di Bukit Gelugor,” ujarnya.
PCM bersedia membuka tiga pusat khidmat masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang terletak dalam parlimen Bukit Gelugor sekiranya diberi mandat pada PRK kali ini.
PRK Bukit Gelugor yang akan berlangsung pada 25 Mei menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Huan dari PCM, Ramkarpal Singh Deo dari DAP serta dua calon bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Astro Awani
Wed May 14 2014
![PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61399622338_295x200.jpg)
Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81400065627_295x200.jpg)
Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor
Gara-gara kecewa dengan sistem pilihan raya di negara ini, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan sah menarik diri dari bertanding hari ini.
![Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376994573_295x200.jpg)
Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.
![PRK Bukit Gelugor: Hanya tiga laporan polis diterima, satu libatkan calon PRK Bukit Gelugor: Hanya tiga laporan polis diterima, satu libatkan calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81400065627_295x200.jpg)
PRK Bukit Gelugor: Hanya tiga laporan polis diterima, satu libatkan calon
Salah satu laporan diterima melibatkan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu.
![PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61399622338_295x200.jpg)
PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng
Parti Cinta Malaysia lancarkan manifesto bertemakan 'Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan' dengan menggariskan sepuluh isu utama.