NIBONG TEBAL: Polis mengeluarkan sembilan lagi permit untuk kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, yang masuk hari keenam berkempen hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas, dan tiada permohonan permit yang ditolak setakat ini.
"Semua pihak diminta tidak menimbulkan sebarang provokasi kepada sesiapa semasa berkempen. Pihak polis sentiasa memantau aktiviti di media sosial untuk mengesan sebarang penyebaran berita palsu, fitnah atau hasutan, yang boleh mengganggu ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
![PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas, dan tiada permohonan permit yang ditolak setakat ini. - Gambar fail/PDRM
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
AWANI Ringkas: bakal haji wajib suntik vaksin meningococcal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720235260_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar
Polis berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719808955_DrJoohariAriffin.jpg)
PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat
Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719929229_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719835988_NIBONGTEBAL.jpg)
PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding
Sebanyak 102 permit bagi tujuan kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra diluluskan kepada dua parti bertanding.
![PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719492482_TBShamsulIskandar.jpg)
PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap.
![PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.
![PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
![PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719035724_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis
Perikatan Nasional (PN) perlu keluar daripada naratif kempen yang memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk meraih undi.