Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut menyaksikan polar sokongan yang berbeza mengikut petempatan iaitu kelompok pantai dan kelompok darat.
Daripada 28,941 jumlah penduduk, 17,683 daripadanya adalah merupakan pengundi berdaftar yang menjadi penghuni di beberapa kawasan.
Kelompok pantai terdiri dari penduduk kampung yang mendiami bahagian-bahagian pesisir pantai dan pulau terutama mereka yang mempunyai profesion sebagai seorang nelayan dan pengusaha bot.
Manakala, kelompok darat pula terdiri dari penduduk kampung yang tinggal di kawasan-kawasan tengah Kuala Besut dimana kawasan ini kebanyakkannya adalah kawasan pertanian dan pekerjaan penduduknya adalah petani, pekebun dan pesawah.
Menerusi dua kelompok penduduk ini, sokongan juga turut berpecah kepada dua dimana kelompok pantai dilihat sebagai penyokong kuat Barisan Nasional (BN) manakala kelompok darat pula dilihat meletakkan sokongan mereka kepada Pas.
Felo Penyelidik Utama dari Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata perpecahan kepada dua sokongan ini adalah disebabkan kerajaan terlalu banyak memberikan tumpuan kepada komuniti nelayan melalui pemberian subsidi melalui pemberian minyak, pukat, elaun sara diri dan lain-lain lagi.
“Walhal, jikalau diperhatikan dengan lebih mendalam kerajaan gagal mengurus tadbir pengurusan bendang sawah padi dan lebih-lebih lagi sektor pertanian. Terlalu banyak tanah terbiar melalui sistem pengairan yang tidak diselenggarakan dengan baik malah banyak bendang padi sudah bertukar menjadi belukar. Tiada pencelahan dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah itu. Maka tidak hairanlah jika banyak masjid-masjid dan surau di kawasan ini juga lebih condong kepada Pas,” kata Dr Mansor kepada Astro AWANI.
Memang mudah dalam memberikan dan menyalurkan segala subsidi dan bantuan berbentuk kewangan namun sebenarnya kerajaan perlu memikirkan bagaimana hendak merancang dan menghidupkan balik kegiatan pertanian di sini.
“Rancangan ini termasuklah merangkumi bagaimana tanah bendang boleh diusahakan semula dan sistem parparitan dan pengairan saliran air dapat dibangunkan semula dan yang paling siapa yang akan mengusahakan tanah bendang itu."
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan dan ini adalah lebih efektif dari sekadar memberi subsidi seperti pukat dan lain-lain.
“Memanglah senang memberikan subsidi dan pelbagai lagi namun ianya perlu dibuat secara menyeluruh kerana apabila sektor pertanian ditinggalkan sebegitu sahaja ianya akan merugikan kerajaan sendiri. Kerajaan perlu ada perancangan jangka masa panjang dan pendek untuk memastikan pembangunan Kuala Besut bukan sahaja dinikmati kelompok pantai tetapi juga golongan dari kelompok darat yang banyak menceburkan diri dalam bidang pertanian dan jika ini berjaya dicapai, pendapatan dan mobiliti hidup dapat ditingkatkan."
Selain itu, masalah utama yang membelenggu Kuala Besut ialah masalah keciciran di kalangan pelajar-pelajar luar bandar.
“Terengganu merupakan negeri yang banyak melahirkan pelajar cemerlang tahun ke tahun namun yang menyedihkan tiadanya pendekatan ditumpukan kepada bakal ‘dropout’ atau ‘dropout’ ini,” kata beliau.
Sebagai contoh, institusi keluarga nelayan merupakan sebuah institusi keluarga yang agak rapuh dari sudut pengisian hubungan keluarganya.
“Si ayah akan pergi ke laut dan pulang kemudiannya, dia akan membaiki pukat atau duduk di kedai kopi. Si ibu pula lebih menumpukkan kepada kerja-kerja menguruskan hal-hal dapur dan anak-anak akan terbiar. Tiada usaha ke arah pembaikkan dan akhirnya anak-anak ini akan tercicir kerana tiada motivasi diri".
Anak-anak nelayan ini jarang akan dapat memasuki asrama atau sekolah elit kerana dan mereka tidak akan pun memikirkan untuk pergi belajar sejauh negara Amerika Syarikat juga namun satu pemantauan dan pembaikan perlu dihalakan kepada mereka.
“Anak-anak yang tidak bagus prestasi pelajaran mereka mesti di asrama desakan dimana pemantauan terhadap prestasi mereka mesti dilakukan secara menyeluruh agar wujudnya kawal selia dalam pembelajaran mereka dan memastikan mereka tidak tercicir.”.
Aizat Sharif
Tue Jul 23 2013


Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Politik Perak: Tiada penjajaran jelas PN-MN antara punca kemelut politik Perak - Pakar
Tiada penjajaran yang jelas diantara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dilihat antara punca kemelut politik terus berlarutan di negeri Perak.

Syor persempadanan semula: Parti politik akan untung dan rugi
Setiap parti politik akan merasai keuntungan dan kerugian jika syor persempadanan semula dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

MCA, GERAKAN ibarat 'penumpang berhias' dalam BN - Penganalisis
"MCA dan Gerakan ini seperti hanya penumpang sahaja...penumpang berhias. Tidak banyak berbuat apa-apa, hanya melaung," katanya.

Idealisme berbeza mampu ubah pola pengundian
Budaya idealisme yang berbeza serta pengaruh yang besar dari golongan mahasiswa mampu mengubah pola pengundian PRU akan datang.