NIBONG TEBAL: Pesakit di hospital boleh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, bergantung pada kelulusan dan penilaian risiko oleh doktor.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pesakit terutamanya yang berisiko tinggi perlu mendapatkan nasihat kesihatan daripada pakar perubatan sebelum keluar mengundi, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Saya yakin mereka (pesakit) boleh mendengar pandangan doktor dan kalau dapat diuruskan, pastinya mereka ini akan melunaskan hak untuk mengundi," katanya menjawab soalan media berhubung perkara itu selepas lawatan kerjanya di Hospital Sungai Bakap di sini hari ini.
PRK DUN Sungai Bakap akan berlangsung 6 Julai ini.
Terdahulu, Dzulkefly mendengar taklimat berkaitan operasi harian dan perkembangan semasa perkhidmatan kesihatan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) serta merasmikan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Bakap yang dinaik taraf.
Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sudah mengenal pasti tapak yang sesuai seluas 2.096 hektar bersebelahan Hospital Sungai Bakap untuk pembinaan bangunan baharu berikutan pertambahan penduduk di SPS dan bangunan sedia ada telah berusia lebih 130 tahun.
Menurut Dzulkefly bekas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada Ogos 2023 telah berbincang dengan kerajaan negeri untuk memperoleh tapak bersesuaian bagi pembinaan itu.
"Saya akan pastikan ia (pembangunan) akan diteruskan dan ini masih di peringkat awal, kita baru kenal pasti tanah dan sudahpun ada, maka langkah seterusnya itu untuk mendapatkan peruntukan," katanya.
Sementara itu, beliau menafikan lawatan kerja tersebut sebagai 'gula-gula' pilihan raya berikutan jatuh pada hari yang sama dengan hari penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap.
"Dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sudah dibuat satu perancangan hampir setahun lalu (untuk lawatan) seluruh negara dan kebetulan minggu ini minggu saya di Pulau Pinang.
"Jadi saya hanya melunaskan tanggungjawab, tugas saya sebagai menteri dan tidak ada apa-apa yang saya hendak berikan dari segi 'gula-gula' kecuali untuk bertemu pengarah JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Pulau Pinang, hospital dan juga pegawai-pegawai," katanya.
PRK DUN Sungai Bakap yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
![PRK Sg Bakap: Pesakit boleh keluar mengundi atas nasihat doktor - Dzulkefly PRK Sg Bakap: Pesakit boleh keluar mengundi atas nasihat doktor - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719060173_TBDRDZULKEFLYKLINIKG.jpg)
Dr Dzulkefly berkata, pesakit terutamanya yang berisiko tinggi perlu mendapatkan nasihat kesihatan daripada pakar perubatan sebelum keluar mengundi. - Gambar fail
![Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737776338_JIMTerengganupati.jpg)
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
![Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737773086_JohanGhazal.jpg)
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
![Saya akan kembali - Jojo Saya akan kembali - Jojo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737773262_JohanGhazali.jpg)
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
![Trump anggap tarif sebagai kuasa besar ke atas China Trump anggap tarif sebagai kuasa besar ke atas China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737762296_USChinaFlagGen.jpg)
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
![Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737777385_tansriwanahmadda.jpg)
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Putin sedia jumpa Trump
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya berikutan bilangan kenderaan dijangka bertambah kerana cuti perayaan itu berlaku serentak dengan cuti sekolah.
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi melalui Sistem MERS dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
![Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037929_tbKampungTradisiNe.jpg)
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
![Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720844857_MuhyiddinYassin.jpg)
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
![PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
![Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703418809_AMANAH.jpg)
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
![PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720437959_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
![PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720325589_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.