NIBONG TEBAL: Kemeriahan suasana pilihan raya mula dirasai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap apabila jentera kedua-dua parti bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu giat menggerakkan kempen termasuk memasang bendera, poster dan gegantung calon.
Perang bendera antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mula kelihatan apabila sesetengah kawasan dipenuhi dengan bendera parti berwarna merah yang mewakili PH dan biru untuk PN.
Tinjauan Bernama di kawasan Sungai Kechil dan Sungai Duri serta sekitarnya didapati meriah dengan bendera PH, poster wajah calon Kerajaan Perpaduan iaitu Dr Joohari Ariffin terutamanya 'billboard' dan gegantung di beberapa lokasi seperti di persimpangan jalan dan bilik gerakan parti.
Sudah pasti tugas itu disempurnakan oleh penyokong dan jentera parti atau dikenali 'geng tukang pasang bendera' yang menjadi antara tulang belakang dalam menggerakkan kempen calon yang bertanding.
Seorang jentera PH yang terlibat dengan pemasangan bendera, Ahmad Norbi, 73, ketika ditemui berkata pasukan mereka telah diberi taklimat dan akan memastikan ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan serta mengganggu keselamatan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.
Dalam pada itu, markas dan bilik gerakan PH mahupun PN juga kelihatan meriah dengan kehadiran jentera pilihan raya yang datang daripada segenap pelusuk negeri bagi membantu jentera tempatan berkempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula Sabtu hingga 11.59 malam, 5 Julai.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail sebagai calon PN dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Sungai Bakap ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Suasana meriah dapat dilihat dengan parti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang bertanding mula memasang bendera di sekitar Simpang Ampat sempena Pilihan Raya Kecil N.20 Sungai Bakap di Nibong Tebal, 23 Jun 2024. --fotoBERNAMA

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.