PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata seramai lebih 9.73 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2023, yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023, ujarnya.
“Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi dewan berikut: 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
“Bagi maksud menjalankan PRN, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
“Tarikh keluar writ pada 5 Julai; hari penamaan calon 29 Julai (Sabtu); hari mengundi awal 8 Ogos (Selasa) dan hari mengundi pada 12 Ogos (Sabtu),” katanya dalam sidang akhbar PRN di Menara SPR, di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRN selepas suruhjaya itu penerimaan notis pembubaran rasmi DUN keenam-enam negeri itu daripada Speaker DUN masing-masing.
Menurut Abdul Ghani, daripada jumlah keseluruhan pengundi, seramai 9,674,456 orang adalah pengundi biasa; 49,660 (tentera serta pasangan); 47,728 (polis serta pasangan, Polis Pasukan Gerakan AM (PGA)); serta 1,727 orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Dalam pada itu, beliau berkata tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai, sehingga 11.59 malam, 11 Ogos 2023 (JUmaat).
Abdul Ghani menambah, kos bagi melaksanakan PRN di keenam-enam negeri terbabit dianggarkan sebanyak RM420 juta.
"Sebanyak 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 186 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.
"Seramai 153,760 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN ke-15. Manakala, sebanyak 3,190 buah pusat mengundi biasa akan digunakan.
"Ia mengandungi 17,048 tempat mengundi/saluran dan 260 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 377 tempat mengundi/saluran awal.
"Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah 3,450 buah dengan 17,425 tempat mengundi/saluran," katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan Selangor membubarkan DUN secara rasmi pada 23 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN.
Sementara, Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun; Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah masing-masing pada 28 Jun; sementara Negeri Sembilan pada 1 Julai.
Sebanyak 245 kerusi DUN melibatkan enam negeri akan dipertandingkan pada PRN kali ini.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 05 2023
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu. - Gambar fail
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
Ketua Pembangkang tuntut penjelasan kerugian saham MAHB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan berkaitan kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.
Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
AWANI Ringkas: Harga lantai padi: Kenaikan dijangka diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senat AS sahkan Chris Wright sebagai Setiausaha Tenaga
Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu