JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.
"Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah berjaya memenangi PRN Melaka. Jadi di Johor ini temanya ialah kestabilan demi masa depan," katanya semasa menjadi tetamu program Suara Johor terbitan Bernama TV hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berharap kesemua 56 calon BN pada PRN Johor ini terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing, menggunakan pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka atau menerusi alam maya.
"(Kita mahu) sampaikan kepada anak-anak muda di luar sana bahawa, hasrat anak muda menginginkan pendidikan tinggi, kemahiran tinggi - majoriti atau hampir kesemuanya disediakan dan dilaksanakan UMNO dan BN.
"Peluang pekerjaan, perniagaan, rumah mampu milik, adalah janji BN untuk orang muda dan semua masyarakat. Bagi terus memastikan kestabilan, kita ingin jadikan kawasan luar bandar ini 'luar biasa'," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Mengenai jaminan BN untuk menunaikan manifesto tersebut, beliau berkata, kerajaan daripada parti gabungan itu tidak pernah gagal dalam menunaikan janji-janji di dalam manifesto, semasa pentadbiran mereka.
"Manifesto yang tidak ditunai ini adalah Pakatan Harapan (PH), yang di dalamnya ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana dalam PH 100 hari ada 10 janji utama, dan banyak yang tidak ditunaikan.
"Saya bagi pihak UMNO khususnya BN, amat yakin bahawa jika diberi mandat, kandungan manifesto (kami) akan ditunaikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022

Manifesto Barisan Nasional yang akan dilancarkan pada 1 Mac ini bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor, kata Ahmad Maslan. - Gambar BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.