SIMPANG RENGGAM: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti rakaman video yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berkempen di Perling, Johor Bahru pagi Ahad.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jika didapati bersalah, Najib boleh dikenakan kompaun.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, terdapat kes-kes tertentu di mana pemimpin dipersalahkan berikutan 'kekecohan' kerana kehadiran orang ramai.
"Jika dapati video itu langgar SOP disebabkan dia, boleh dikeluar kompaun.
"Saya kena sebut ni ya, kadang-kadang orang tengok video, orang salahkan pemimpin yang hadir. Bukan rujuk kes ni, semua kes.
"Tetapi yang sebab commotion (kekecohan) itu adalah orang ramai. Dalam keadaan tersebut saya dah minta, pertama kita beri teguran dulu, jangan kerumuni pemimpin.
"Kedua kita minta supaya dia jaga penjarakan sewaktu ada program walkabout dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang RenggAM, di sini pada Ahad.
Terdahulu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hadir bagi membantu kempen calon MCA Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Nicole Tan Hiang Kee.
Mengulas lanjut, Khairy berkata penguatkuasa KKM telah diarahkan untuk mengeluarkan kompaun kepada mereka yang melanggar SOP, tanpa mengira latar belakang politik jika didapati bersalah.
Walau bagaimanapun, beliau berkata dalam kes-kes tertentu penguatkuasa perlu menggunakan budi bicara.
"Saya tahu semua datang nak selfie dan sebagainya. Kita minta penguatkuasa minta ikut budi bicara. Kadang-kadang dia datang nak ambil gambar, jadi dalam keadaan lima saat itu terus bagi kompaun, kena budi bicara sikit... kalau degil sangat baru bagi kompaun," tambah Khairy.
Dalam masa yang sama, Khairy turut memaklumkan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap petugas media kerana didakwa melanggar SOP COVID-19 pada hari penamaan calon telah dibatalkan.
"Saya telah minta kompaun itu dibatalkan sebab saya tengok balik laporan itu, ia bukan salah dia (wartawan).
"Saya beritahu kepada pemguatkuasa kalau wartawan buat kerja, bagi amaran dan teguran dulu. Jika ia bukan kesalahan dia, dia memang nak mencari interview dan sebagainya, tidak perlu kompaun," katanya.
Astro Awani
Sun Feb 27 2022

Khairy berkata penguatkuasa KKM telah diarahkan untuk mengeluarkan kompaun kepada mereka yang melanggar SOP, tanpa mengira status atau latar belakang politik jika didapati bersalah. - Gambar fail/Astro AWANI
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.