KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bersama Pas dan Gerakan.
"Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Muhyiddin sebelum ini berkata PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Tok Mat
Ketika ditanya siapakah calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir selepas beliau tidak berhasrat mempertahankan kerusi itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata: "Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak."
Sementara itu Lau berkata Gerakan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN mengenai kerusi yang akan diagihkan kepada parti itu pada PRN Johor.
Beliau mengakui parti itu memang berminat untuk bertanding di beberapa kawasan DUN dan telah menyerahkan senarai calon-calonnya kepada pucuk pimpinan PN, namun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.
PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN pada 22 Jan lepas, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini bagi menentukan tarikh PRN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Muhyiddin menghadiri majlis Resepsi tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di ibu negara hari ini. - Foto Twitter Azmin Ali

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Southwest Airlines batal pendaratan elak berlanggar dengan jet
Penerbangan Southwest Airlines terpaksa membatalkan pendaratan di lapangan terbang Chicago Midway pada Selasa bagi mengelak daripada berlanggar dengan jet perniagaan yang memasuki landasan tanpa kebenaran.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank pada Selasa mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).
Trump tangguh pelepasan keselamatan untuk firma guaman bagi Jack Smith
Trump menangguhkan pelepasan keselamatan untuk firma guaman yang bekerja dengan Jack Smith.
Jerman, Turkiye rakan baharu Program Pemerhatian ADMM-Plus
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu ADMM bersetuju menerima Jerman dan Turkiye dalam Program Pemerhatian ADMM-Plus bagi sesi 2024-2027.
Program Pemerhatian ADMM-Plus ialah program yang membolehkan pemerhati dari luar rantau ASEAN menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
Program Pemerhatian ADMM-Plus ialah program yang membolehkan pemerhati dari luar rantau ASEAN menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).
Malaysia perluas pasaran eksport dalam ketidaktentuan global
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perang perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2025.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perang perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2025.

Juruteknik wanita maut nahas empat kenderaan
Kejadian berlaku apabila lori Volvo hilang kawalan dan melanggar belakang kereta Proton Saga yang dipandu mangsa.
ADMM bincang usaha kukuh kerjasama, perpaduan ASEAN - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu antara perkara yang dibincangkan pada Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ialah usaha memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan perpaduan ASEAN serta kerjasama serantau dalam mendepani cabaran baharu keselamatan di rantau ini dan dunia.

Noorul Ariffin serah kepada Hannah putuskan kedudukan Pengerusi YAKEB
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyerahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menentukan kedudukan beliau di yayasan itu.

Warner Bros Games tutup studio yang hasilkan Shadow of Mordor, F.E.A.R
Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.