KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya kerajaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, kerajaan hanya boleh memberi pandangan mengenai pelaksanaan SOP itu, namun keputusan terakhir adalah terletak di tangan SPR.
"Kita tahu bahawa situasi PRN berada dalam tangan SPR, jadi sandaran kepada PRN Melaka dan Sarawak menjadi pertimbangan kita apabila membincangkan tadi dan pandangan pihak berkepentingan kita akan bawa ke SPR untuk memikirkan.
"Kerana yang akan memutuskan SOP PRN adalah SPR, bukan kerajaan. Jadi apa yang boleh kita buat ialah memberi pandangan-pandangan kita, kita terserah kepada SPR untuk menentukannya SOP yang akan digunakan pada PRN Johor," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri ini.
Pembubaran DUN dibuat selepas Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.
Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai syor Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib, Hishammuddin berkata, perkara itu akan diperincikan lebih lanjut oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Imigresen Malaysia.
BACA: COVID-19: MPN syor sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac ini
"Saya faham ia dibincangan dalam mesyuarat MPN pagi tadi, saya telah mengarahkan KKM, MOTAC dan Jabatan Imigresen unruk melakukan persiapan sama ada ia boleh dilakukan dalam masa yang dimaklumkan dalam tempoh itu atau sebaliknya." ujarnya.
Perbincangan itu katanya, akan dibawa kepada Kabinet untuk diputuskan atau diperingkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Umavathi Ramayah
Tue Feb 08 2022

Hishammuddin Hussein menjelaskan, kerajaan hanya boleh memberi pandangan mengenai pelaksanaan SOP itu, namun keputusan terakhir adalah terletak di tangan SPR. - Gambar Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.