KUALA LUMPUR: Peti undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang.
Pusat pengundian ditutup secara berperingkat-peringkat bermula pukul 1 tengah hari hingga 6 petang tadi bergantung kepada kedudukan kawasan yang terlibat.
Petugas SPR di TERENGGANU menggunakan helikopter bagi membawa peti undi daripada pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ke pusat penjumlahan rasmi undi pada 4.45 petang di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit.
Seramai 1,307 pengundi berdaftar di Pulau Redang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pulau Redang di pulau itu ditutup pada 3 petang.
Di SELANGOR, pusat penjumlahan rasmi undi bagi DUN N18 Hulu Kelang di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ )AU2, Keramat, menerima peti undi pertama kira-kira 6.30 petang.
Di KEDAH, pusat penjumlahan rasmi undi bagi DUN Jeneri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik turut mula menerima peti undi pertama kira-kira 6.30 petang yang merupakan peti undi awal.
Peti undi awal dan undi pos juga adalah yang pertama tiba di Kolej MARA Kuala Nerang yang merupakan pusat penjumlahan rasmi undi bagi kerusi DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu.
Dalam pada itu, undi awal di sesetengah kawasan mula dikira pada 4 petang tadi dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut SPR, setakat 4 petang tadi, Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus) dan Kelantan (56 peratus).
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang turut diadakan serentak, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan setakat 4 petang tadi adalah 67 peratus.
Secara keseluruhannya, sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran dibuka bermula 8 pagi tadi bagi PRN enam negeri berkenaan, manakala 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran dibuka bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.
Menurut SPR jumlah pengundi berdaftar bagi PRN kali ini di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah 9,773,571 orang dengan 9,674,456 daripadanya adalah pengundi biasa, 49,660 tentera serta pasangan, 47,728 polis dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 1,727 pengundi tidak hadir luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023

Peti undi bagi PRN di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang. - Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

PRK Sungai Bakap: Pusat pengundian ditutup, proses kira undi bermula
Proses pengundian bagi PRK Sungai Bakap berakhir selepas kesemua sembilan pusat pengundian ditutup secara rasmi pukul 6 petang ini.

PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi PRK Parlimen Kemaman diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama.

PRN: Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi
Peti undi bagi PRN di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang.

PRN: Calon PN buat laporan polis, peti undi tidak ditutup sempurna
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Paya Terubong Ooi Ghee Oon membuat dua laporan polis meminta siasatan polis dilakukan susulan insiden peti undi didakwa tidak ditutup dengan baik dan sempurna.

PRU15: Peti undi dengan bendera Malaysia hiasi laman utama Google Malaysia
Pengunjung akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google.

Pengundian awal PRK Parlimen Kimanis hari ini
Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam sehingga 12 tengah hari.

Kecoh apabila kenderaan didakwa bawa peti undi hantu
Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri.

VIRAL: SPR belum terima laporan kotak undi disepak, kertas undi bertaburan
Video tersebut dipercayai dirakam di salah sebuah pusat mengundi di Kedah.

Kami janji peti undi awal selamat - SPR
Peti-peti undian awal akan dikawal dengan teliti untuk menjamin keselamatannya.

Wakil calon PAS didenda RM5,000 kerana kunci peti undi
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhi hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara terhadap seorang wakil calon PAS kerana mengunci peti undi.