KUALA LUMPUR: Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi yang dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin di Zon Rekreasi Keluarga Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini pada Sabtu bukan acara pacu ria seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Jabatan Landskap Negara (JLN) dalam kenyataan menjelaskan program itu tidak dibuka kepada orang awam dan bukan berbentuk kejohanan atau pertandingan dengan kehadiran penonton, sebaliknya pengunjung berbasikal hanya melibatkan 30 orang terdiri daripada kakitangan JLN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
"Pengunjung berbasikal juga turut menjalankan aktiviti ploging bersesuaian dengan peranan agensi dalam pembersihan awam. Selain itu juga, pengunjung berbasikal telah dipastikan kesihatannya melalui imbasan suhu sebelum memasuki taman tersebut.
"Pelepasan basikal ini adalah bertujuan untuk mempromosikan amalan berbasikal norma baharu dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal, memastikan kebersihan diri dan tidak berkongsi peralatan serta sentiasa memastikan keselamatan ketika berbasikal," menurut kenyataan itu.
JLN memaklumkan pihaknya sentiasa merujuk dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan aktiviti berkumpulan dilakukan secara setempat tanpa sentuhan fizikal dengan had kapasiti 50 peratus daripada kapasiti kawasan dengan pematuhan penjarakan fizikal dan kawalan penyeliaan.
"Dalam program ini terdapat juga aktiviti senaman berlangsung yang mana penjarakan fizikal diadakan dengan menandakan jarak tiga meter setiap individu untuk menjalankan aktiviti rekreasi dan kekal di tempat ditandakan untuk acara seterusnya. Tempoh untuk bersenam dan berkumpul juga dipendekkan bagi mengelakkan risiko jangkitan," menurut JLN.
JLN turut menjelaskan Taman Persekutuan Bukit Kiara adalah kawasan terbuka dengan keluasan lebih 400 ekar (161.87 hektar) dan semua yang hadir perlu menggunakan cecair pembasmi kuman disediakan sebelum bermulanya acara dan memakai pelitup muka semasa menghadiri acara ini.
Semalam, tular beberapa gambar di media sosial yang mendakwa Zuraida melanggar SOP PKPB semasa program itu berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Semalam, tular beberapa gambar di media sosial yang mendakwa Zuraida melanggar SOP PKPB semasa program itu berlangsung. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Program dihadiri Zuraida bukan acara pacu ria - JLN
Menurut JLN, pengunjung berbasikal hanya melibatkan 30 orang terdiri daripada kakitangan JLN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).