Program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun di Malaysia, adalah aktiviti yang relevan.
Jurnal Pencegahan Kanser Asia Pasifik menyatakan seramai 12 daripada 38 orang atau 34 peratus wanita Malaysia dikesan positif jenis kanser berkaitan HPV, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
"Ini adalah perkadaran yang besar bagi 10 juta wanita Malaysia yang berusia 20 tahun dan ke atas. Justeru itu, ia menjadikan program suntikan vaksin HPV lebih relevan," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, pada hari Sabtu.
Pada Rabu lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula program suntikan vaksin HPV untuk mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun, yang bermula pada 2010.
Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata vaksin Gardasil dan Cervarix yang digunakan pada masa ini hanya mampu melindungi empat daripada 40 jenis HVP yang berkaitan dengan kanser.
Kementerian Kesihatan menyatakan HPV16 dan HPV18 bertanggungjawab bagi 70 peratus daripada kanser servikal di seluruh dunia dan ini konsisten dengan hasil penemuan di Malaysia yang mencatatkan 74 peratus.
"Sehubungan itu, program vaksin HPV dijangka mengurangkan berlakunya kanser servikal sebanyak 70 peratus. Sebanyak 30 peratus lagi kanser servikal mungkin disebabkan faktor lain seperti subjenis HPV, perlakuan seksual, pengambilan pil pencegahan kehamilan dan merokok," kata kementerian.
Ia juga menjelaskan bahawa perlindungan daripada HPV16 dan HPV18 akan mengambil masa yang lebih lama dan bukan hanya empat tahun iaitu dari usia 13 hingga 17 tahun seperti yang dinyatakan SM Mohamed.
"Pemeriksaan susulan 10 tahun terhadap kohort populasi wanita yang menerima tiga dos vaksin HPV menunjukkan mereka masih lagi dilindungi daripada HPV16 dan HPV18.
"Kohort pertama pelajar perempuan yang mengambil vaksin itu pada 2010 kini berusia 17 tahun menunjukkan mereka masih lagi dilindungi daripada jangkitan HPV dan ia boleh melewati usia boleh berkahwin," kata Kementerian Kesihatan.
Sejak 2010, sejumlah 2,778,055 dos vaksin HPV telah disuntik terhadap 927,007 remaja perempuan berusia 13 tahun dan hanya 0.01 peratus sahaja melaporkan mengenai kesan sampingan.
"Kebanyakan kesan sampingan adalah berkaitan kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan. Sejak 2010, tidak ada laporan mengenai kesan sampingan serius berkaitan vaksin HPV," kata kementerian.
Bernama
Sat May 03 2014
![Program HPV di Malaysia adalah relevan - Kementerian Kesihatan Program HPV di Malaysia adalah relevan - Kementerian Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81399132027_295x200.jpg)
Program suntikan HPV ada relevan di Malaysia kerana 34 peratus wanita Malaysia telah dikesan positif jenis kanser berkaitan HPV. -Gambar Fail
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738922820_TBTHAIPUSAM.jpg)
CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.
![CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185949_MohideenAbdulKader.jpg)
CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.
![Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713430075_Mohideenjpg.jpg)
Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP
Plumbum merupakan bahan toksik terkumpul yang mampu menjejaskan sistem tubuh manusia serta boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.
![CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594731688_vaperokok.jpg)
CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau
Pegawai Pendidikan CAP N.V.Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.
![CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185949_MohideenAbdulKader.jpg)
CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat
CAP meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.
![CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713430075_Mohideenjpg.jpg)
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
![CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713430075_Mohideenjpg.jpg)
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
![Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709564013_SultanIbrahimSulta.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
![Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650443441_BasEkspress.jpg)
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
![CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704286726_TBBANJIRGANU.jpg)
CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.