KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan khas secara maya dengan bakal jemaah haji yang terlepas peluang menunaikan ibadah itu pada tahun ini, melalui program Lambaian Rindu Baitullah, Isnin depan.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Zulkifli berkata program dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) itu akan memfokuskan pada emosi dan mental bakal jemaah haji terlibat selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.
"Dalam pertemuan itu, saya akan berbincang dari hati ke hati dengan bakal jemaah haji tentang penangguhan haji yang telah masuk tahun kedua ini. Hal ini penting bagi memberikan semangat kepada bakal jemaah haji.
BACA: Akur keputusan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini
BACA: Keputusan Arab Saudi bukti keprihatinan terhadap keselamatan umat Islam - TH
"Pertemuan secara maya akan diselaraskan oleh TH di seluruh negara dan akan disertai jemaah yang pernah mengikuti kursus haji dalam talian sebelum ini," katanya.
Pada 12 Jun lepas, Malaysia menyatakan akur dengan keputusan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021

Dalam pertemuan itu, perbincangan dari hati ke hati dengan bakal jemaah haji akan dibuat berikutan penangguhan haji yang telah masuk tahun kedua. - Gambar AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli
Selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.