Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ATSC telah menjalankan kerja-kerja Lanjutan Hayat Perkhidmatan dan Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Membaik Pulih bagi memastikan pengoperasian pesawat lebih lama.
Beliau berkata pelaksanaan program berkenaan adalah bagi memastikan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada pada tahap optimum dan kedaulatan negara terus diperkukuh.
Mohamed Khaled berkata ia turut menjimatkan perbelanjaan negara berbanding menghantar pesawat itu ke Rusia.
Terdahulu, Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu dan menyaksikan Majlis Penyerahan Kontrak 10th Year SLEP pesawat Sukhoi Su-30MKM.
Turut berlangsung, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara ATSC dan Universiti Tun Hussein Onn dalam penyelidikan dan inovasi pertahanan, serta penyerahan sumbangan kebajikan kepada sembilan penerima Orang Kurang Upaya warga pangkalan berkenaan.
-- BERNAMA