BACHOK: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang sedang dilaksanakan di beberapa negeri ketika ini, akan membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import dalam tempoh dua tahun.
Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Azman Mahmood berkata pelaksanaan SMART SBB itu mampu mengalakkan penanaman padi secara sistematik yang sebelum ini dijalankan secara individu.
"Pelaksanaan program SMART SBB yang sedang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini telah membantu meningkatkan hasil padi melebihi 50 peratus.
"Kami menyasarkan peningkatan purata hasil padi daripada 3.75 metrik tan kepada tujuh hingga 10 metrik tan per hektar bagi setiap pesawah dalam tempoh dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Smart SBB Ala Sekinchan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak di Masjid Surau Bator, Gunong, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Azman berkata sekiranya pesawah mampu menghasilkan tujuh hingga 10 metrik tan per hektar, sasaran negara untuk tidak bergantung terhadap import beras negara lain akan berjaya, malah Malaysia juga mampu untuk menjadi pengeksport selepas ini.
Beliau berkata pembaharuan yang dibawa melalui inisiatif itu ialah penggunaan teknologi seperti jentanam bagi meningkatkan hasil padi yang lebih tinggi dan berkualiti.
"Program ini bukan sahaja membantu penanaman padi secara lebih sistematik dengan menggunakan internet kebendaan (IoT), malah ia juga memudahkan pengurusan rumpai, penyakit dan perosak.
"Setakat ini, kami sudah melancarkan lebih 11,000 hektar tanaman padi seluruh negara kecuali Melaka dan Johor dengan penglibatan 5,000 pesawah," katanya.
Dalam perkembangan sama, Azman berkata KPKM juga berhasrat untuk bekerjasama dengan seorang pakar (profesor) dari Indonesia untuk memperkenal benih padi yang hanya ambil masa 75 hari untuk dituai.
Katanya, dengan adanya varieti benih padi berkenaan, ia dapat membantu melaksanakan penanaman padi tiga kali setahun.
"Sekarang ini, kita menggunakan benih padi biasa seperti varieti MR219, MR297 yang mengambil maasa 105 hari untuk dituai," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Azman berkata pembaharuan yang dibawa melalui inisiatif itu ialah penggunaan teknologi seperti jentanam bagi meningkatkan hasil padi yang lebih tinggi dan berkualiti. - Gambar hiasan/Bernama
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Harga beras import turun tampung kekurangan akibat banjir - Mohamad
Kekurangan itu tidak dapat dielakkan kerana penanaman padi merupakan sektor yang paling terjejas akibat banjir.

KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.

Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.

LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.

Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.

BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

Subsidi beras import langkah tepat atasi isu harga, bekalan beras - Pengguna Sabah
Pemberian subsidi berita baik untuk pengguna dalam kalangan B40 dan pengusaha makanan, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.

Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import - PM Anwar
Anwar berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.

Bekalan beras agak kelam kabut tapi sudah mula pulih - Mat Sabu
Pembelian panik yang melebihi keperluan bulanan selain trend peralihan pengguna beras putih import kepada beras putih tempatan menjadi punca bekalan sumber makanan rutin itu terjejas di pasaran.